nabi s.a.w teringat bahawa sahabatnya dari kalangan kaum Ansar pernah berjanji di dalam baiatul aqabah untuk mempertahankan nabi dengan jiwa dan raga.tetapi itu untuk di dalam madinah.Maka nabi mengumpulkan para sahabatnya dan bertanya tentang rencana kepergian mereka ke badar.Maka langsung sahaja salah seorang sahabat di kalangan muhajirin mengangkat tangannya dan berkata kami sanggup wahai rasullullah.!!Rasul s.a.w menjawab, "yang lain?" kaum muhajirin lain mengangkat tangan"bukan kamu, yang lain?" dan akhirnya setelah beberapa jawaban dari kaum muhajirin maka baru terlihat tangan kaum ansar"wahai rasullullah, adakah yang dimaksudkan oleh kamu itu adalah kami??"."ya"."kalaw begitu kami kaum Ansar sangat bersedia dengan jiwa dan raga kami mengikuti engkau ke mana sahaja sekalipun engkau terjun ke jurang!"Rasul s.a.w mendengarnya dengan senang hati.
maka berangkatlah mereka yang sebelumnya bukan dengan niat pergi berperang ke kawasan yang adanya di situ sebuah telaga bernama telaga badar.mereka hanya berjumlah 313 berbekalkan keperluan yang sangat minimum tetapi semangat juang bersama rasul yang sangat maksimum!.
Sedangkan di pihak kafir quraisy, para pembesarnya masih teragak-agak untuk meninggalkan mekah kerana dikhuatiri akan ada penyerangan musuh dari kalangan arab yang terletak di sekitar mekah.Mereka sememangnya ada semacam persengketaan yang berkelanjutan dari dulu. jadi ketika mesyuarah untuk menghantar bantuan kepada abi sufyan, dan masing-masing merasa risau untuk keluar dari tanah mekah, maka datang lah seorang tua yang berjanggut putih kehitam-hitaman, berpakaian seperti orang tua yang berpengaruh dengan jubah yang kepalanya ada hood ala-ala jubah morocco.jalan terbongkok-bongkok dan mengetuk pintu kaum musyrikin.
"siapakah kau??" "aku adalah ketua bani... datang dari ... aku mempunyai bala tentera yang kuat di sana... dan semuanya sudah bersiap untuk mempertahankan mekah dari sebarang ancaman di saat ketiadaan kalian.Maka janganlah takut, aku menjadi jaminan kepada kalian!?" dia adalah iblis laknatullah.Datang dengan pembohong yang dasyat.
Maka bersemangatlah tentera musyrikin untuk membantu qabilah abu sufyan.bilangan mereka adalh 3 kali ganda bilangan kaum muslimin yang ada.mereka bersama 700 unta dan 100 kuda,950 orang ini berjalan dan di tengah perjalanan mereka, datanglah utusan dari Abu sufyan bahawa mereka sudah selamat dari muslimin.Maka kaum musyrikin mulai berkira-kira untuk pulang ke mekah kembali.di saat itu, bangunlah Abu jahal yang sangat bersemangat dan berkata" wallahi,Kita tidak akan berhenti dan pulang sehinggalah kita ke badar dan kita tinggal di sana 3 hari.kita sembelih unta-unta kita dan meminum arak.Supaya seluruh arab akan mendengar tentang perjalanan kita dan perkumpulan kita, dan mereka tidak akan memperkecilkan kita lagi setalah ini!!"
Maka perjalanan diteruskan peperangan tidak dapat dielakkan.Nabi yang sudah dahulu berada di telaga badar memang dengan niat mengajar musyrikin.susunan yang mantap dan semangat yang sangat luar biasa menyebabkan nabi sangat yakin dengan rencananya kala itu.Doa berterusan dilakukannya.Akhirnya dengan komunikasi mata-mata,kedua-dua pihak sudah bersedia untuk berperang.Sebelum berperang nabi sudah memberitahu para sahabat bahawa di sini si fulan akan mati, dan disini sifulan akan mati begini-begini dan seterusnya.semunya wahyu dari Allah.
TAnggal 17 ramadhan, 2 tahun selepas hijrah, Nabi s.a.w dan para sahabt berdiri dengan semangat berkobar-kobar.Kaum musyrikin yang datnag dengan iblis yang menyerupai manusia tua itu juga bersemangat, tapi ketika melihat kaum muslimin, orang tua itu berhenti berjalan.dengan muka ketakutan, dia berundur sedikit demi sedikit dan berkata, "inni araa ma la tarauna, inni akhafullah." sememangnya Iblis itu mampu melihat tentera muslimin dan yang bersama mereka adalah tentera allah di kalangan malaikat dan Iblis tadi tahu bahawa jika syaitan bertemu malikat, malaikat mempunyai kuasa membunuh syaitan dengan sangat mudah.Maka dia berundur dari awal.subhanallah.
Peperangan berlangsung dengan dasyat, nabi tidak berhenti-henti berdoa kepada Allah.Sehinggalah selendangnya jatuh dari bahunya keranatingginya tangan yang diangkat.dia sangat mengharapkan kemenangan dari Allah.
Di Akhir peperangan yang sudah tentunya di menangi oleh kaum muslimin.mereka melihat tangan-tangan para musuh islam di potong-potong hujung jarinya.Itu adalah kerjaan para malikat yang diutus Allah untuk membantu kaum muslimin.subhanallah.Dan mereka mendapati setiap yang dikatakan rasulnya benar-benar terjadi.ALlahu Akbar!Itulah peperangan nabi dan kaum muslimin yang pertama tanpa berbekalkan kelengkapan perang yang sempurna.tetapi berbekalkan doa dari nabi s.a.w dan semangat yang sangat dasyat sehingga Allah sendiri menghantar bala tentera nya dari kalangan malaikat untuk membantu menewaskan musuh.Sejumlah pembesar quraisy mati di peperangan ini antaranya,umayyah ibnu Kholaf,uqbah ibnu abi muit,Nadhor bin haris,Abu Jahal dan utbah ibnu rabiah.
Dengan kemenangan ini, maka tersebarlah kekuatan islam yang telah dengan strategiknya berkubu di madinah almunawwarah.mulailah penyembah-penyembah berhala mulai takut kepada islam.Allahu Akbar.








